sekapur sirihThis is a featured page


sathis



Salam Sejahtera,


Usaha untuk merealisasikan matlamat Pendidikan Khas dengan tanggungjawab yang murni merupakan satu cabaran yang besar. Jsteru itu, ke arah mencapai matlamat perlu ada perancangan yang betul dan tepat. Usaha pertama untuk merealisasikan matlamat Pendidikan Khas ini ialah menjalinkan perhubungan yang sihat dengan para ibu bapa, golongan istimewa serta para individu yang arif tentang golongan istimewa.
DiProgram Integrasi Pendidikan Khas SK Syed Idrus, kami merancangkan pelbagai aktiviti dan dijalankan dengan kaedah yang berlainan dengan mengambil kira tahap keupayaan setiap individu bagi mencapai matlamat untuk memenuhi keperluan istimewa mereka ke arah kehidupan bermakna. Maka, kami berharap protal ini berjaya menjadi salah satu tapak perkongsian pengetahuan dan pengelaman agar kita sama-sama merealisasikan matlamt Pendidikan Khas iaitu membantu murid-murid kita untuk memenuhi keperluan individu istimewa.
Diharap langkah pertama ini akan menjadi satu usaha yang bermakna dan akan mendapat sambutan yang menggalakkan. Semoga halaman ini akan digunakan sepenuhnya dalam usaha membantu murid-murid istimewa. Sebagai penyelaras yang mengasaskan portal ini, projek ini diberi galakkan oleh guru besar SK Syed Idrus serta sokongan daripada unit Pendidikan Khas Negeri Perak. Dengan itu, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberi sokongan bagi menjayakan portl ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
En. Sathis Kumar A/L Bangaroo
Penyelaras Pendidikan Khas
Sek. Keb. Syed Idrus


khas08
khas08
Latest page update: made by khas08 , Oct 30 2008, 7:05 AM EDT (about this update About This Update khas08 Edited by khas08

1 image added
1 image deleted

view changes

- complete history)
Keyword tags: ucapan penyelaras
More Info: links to this page
There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.