piagam pelanganThis is a featured page

Piagam Pelaggan Jabatan Pendidikan Khas

  1. Menyediakan Program Pendidikan Khas yang berkemahiran, berhaluan, berdikari, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan yang bermakna.

  2. Melaksanakan proses penempatan dan pertukaran murid/ pelajar pendidikan khas dalam tempoh satu bulan selepas tarikh permohonan diterima.

  3. Melaksanakan proses penempatan dan pertukaran pegawai perkhidmatan pakar, tenaga pengajar dan pembantu guru Pendidikan Khas mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan secara adil serta memaklumkan kepada yang berkenaan dalam tempoh dua minggu sebelum tarikh melapor diri.

  4. Menyediakan kurikulum dan kokurikulum yang releven dan sesuai mengikut keupayaan dan keperluan murid Pendidikan Khas.

  5. Mengurus dan memberi latihan khusus dan pakar serta kemajuan staf kepada guru-guru, pegawai dan staf sokongan Pendidikan Khas.

  6. Menyebar luas maklumat tentang peluang-peluang mengikuti kursus dalam dan luar negara kepada guru-guru, pegawai dan staf sokongan Pendidikan Khas.

  7. Memberi maklumat terkini, khidmat nasihat dan kepakaran kepada masyarakat berkaitan Pendidikan Khas secara berterusan.

  8. Memberi respons kepada aduan serta teguran dalam tempoh dua minggu daripada tarikh diterima.

  9. Menghasilkan perancangan yang menyeluruh program Pendidikan Khas mengikut keperluan semasa.

  10. Menyediakan perancangan kemudahan fizikal dan peralatan yang mencukupi bagi sekolah-sekolah Pendidikan Khas mengikut norma yang telah ditetapkan.

  11. Memastikan dasar/ pekeliling dan garis panduan berkaitan Pendidikan Khas disebar dalam tempoh satu bulan.

  12. Menyebarkan maklumat dan data Pendidikan Khas yang terkini, jelas dan tepat sebelum bulan Jun setiap tahun.

  13. Mempastikan peruntukan kewangan mencukupi dan diagihkan secara adil ke sekolah-sekolah Pendidikan Khas sepuluh hari daripada tarikh penerimaan waran.

  14. Mempastikan bekalan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi mencukupi dan sesuai dengan keperluan program Pendidikan Khas.



khas08
khas08
Latest page update: made by khas08 , Sep 12 2008, 1:04 AM EDT (about this update About This Update khas08 Moved from: halaman utama - khas08

No content added or deleted.

- complete history)
Keyword tags: None
More Info: links to this page
There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.